Wednesday 19 June 2013

Decor Day

Pada 15 Jun 2013, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan hari "Decor Day" bersama semua Kelab dan Persatuan di Uniten Kampus Sultan Haji Ahmad Syah. Kelab Hoki Uniten turut dijemput untuk menyertai pertandingan menghias papan kenyataan di Blok AA dan AB. 


Hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa, pertandingan menghias board untuk Kelab Hoki berjalan dengan lancar dan sempurna.



Thursday 10 January 2013

Kursus Kejurulatihan Tahap 1 & 2

Persatuan Hoki KL akan anjurkan kursus jurulatih hoki tahap 1 & 2 pada bulan Februari 2013 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari 2013. Yuran penyertaan adalah RM100 dan bayar pada hari pertama kursus.

Bagi yang berminat boleh hubungi En.Fizi (094552155)



LINK UNTUK BORANG : https://docs.google.com/file/d/0B7XsHA_C-mV9TzJiY0hiaUY3Znc/edit

Monday 12 November 2012

Program Siswa Sihat


 Untuk mendaftar,boleh PM admin facebook Hockey Uniten KSHAS dengan menekan butang MESSAGE

Sila sertakan
1) Nama Pasukan
2) Nama Peserta,No ID & No.Tel

Tuesday 9 October 2012

Peraturan Pertandingan 4 Side Open UNITEN



PERATURAN PERTANDINGAN
  
TEMPAT
PADANG A MUADZAM SHAH

TARIKH
20 OKTOBER 2012

---------------------------------------------------------------------------------------
KEJOHANAN HOKI TERBUKA 4 SEBELAH
PERATURAN PERTANDINGAN

1.      Undang-Undang Permainan
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Hoki Malaysia (MHC).

2.      Peraturan pertandingan
Mengikut undang-undang dan peraturan pertandingan jawantankuasa pengelola yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3.      Jenis pertandingan
Pertandingan secara liga untuk lelaki dan wanita.

4.      Pendaftaran pemain / pembentukan pasukan
4.1  Tiap-tiap pasukan tidak kira pasukan lelaki atau perempuan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 6 orang pemain sahaja.
4.2  Hanya pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran pasukan sahaja dibenarkan bermain dalam kejohanan ini.
4.3  Borang pendaftaran perlawanan hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa pengelola sebelum pertandingan dimulakan.
4.3.1   Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada sekretariat bertugas 15 minit sebelum pertandingan dimulakan.
4.3.2        Setiap pasukan diwajibkan untuk menyertakan salinan ID pelajar bersama-sama dengan borang pendaftaran pasukan.
4.3.3      Sebelum perlawanan bermula, setiap pasukan diwajibkan untuk menyertakan ID pelajar bersama-sama dengan borang pendaftaran perlawanan bagi tujuan pengesahan pemain.
4.3.4   Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri selepas pendaftaran atau menarik diri semasa pertandingan, yuran tidak akan dikembalikan.

5.      Bilangan pemain yang mencukupi
Sekiranya pemain dari pasukan lawan atau tuan rumah kurang daripada 3 orang pemain  berada di dalam padang pada waktu yang dijadualkan, maka pengadil atau penganjur berhak memberikan kemenangan percuma tiga (3) mata dengan  jaringan  3-0.
6.      Sistem pertandingan
6.1  Masa bermain
6.1.1 Pada peringkat kumpulan, masa bermain adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit.
6.1.2 Pada peringkat suku akhir dan keatas, masa bermain adalah 7 minit x 1 minit
         x 7 minit bagi setiap perlawanan,
6.2  Penggantian pemain
Setiap pasukan boleh menukar / mengganti pemain hanya sekali sahaja dalam sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan.

7.      Cara memutuskan keputusan
7.1  Secara Liga
7.1.1        Cara memberi mata
Menang    -  3 Mata
Seri           -  1 Mata
Kalah        -  0 Mata
7.1.2        Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal bermain pada sesuatu  
perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga (3) mata dengan jaringan 3-0. Jika terdapat mana-mana pasukan digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa-apa sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau dikena tidaklah diambil kira.
7.1.3        Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
 pemenang akan ditentukan seperti berikut :
7.1.3.1   Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
7.1.3.2 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan dikira menang.
7.1.3.3  Jika masih seri juga, penentuan penalty strok akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

7.2  Secara kalah mati
Bagi peringkat suku, separuh akhir dan akhir, perlawanan dijalankan secara ‘Kalah Mati’. Jika diakhir perlawanan keputusan adalah seri, maka pemenang akan ditentukan berdasarkan cara berikut :
7.2.1        Penentuan penalty strok akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

8.      Kelewatan
Hanya 5 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan tiga (3) mata dan jaringan gol adalah 3-0.

9.      Penarikan Diri
Jika  mana-mana  pasukan  menarik  diri  dari  Kejohanan  ini  atau  memberi kemenangan percuma  setelah  bermain  satu  atau  lebih  perlawanan  atau  tidak  berrmain  di  dalam  2 perlawanan terawal, maka pasukan berkenaan dianggap tidak wujud di dalam Kejohanan ini dan semua perlawanan yang melibatkannya  TIDAK diambil kira ( Null and Void)

10.  Pakaian
10.1   Setiap pemain dikehendaki memakai nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan. Nama yang tersebut dahulu dianggap sebagai tuan rumah. Tuan rumah diwajibkan menukar warna jersi atau memakai ‘bips’ sekiranya terdapat persamaan warna jersi.
10.2       Pemain diwajibkan memakai stokin, kasut, dan pelindung betis.
10.3   Penjaga Gol dikehendaki memakai baju atau pakaian meliputi sebarang    perlindungan bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warna yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun dari pasukan lawan.
10.4       Pemain wanita tidak dibenarkan memakai seluar pendek ataupun skirt.

11.  Bantahan
10.1 Bantahan boleh dibuat melalui meja secretariat penganjur pertandingan dan setiap
         bantahan perlu membayar deposit sebanyak RM 100.00 dan deposit tidak akan
        dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal.
10.2 Bantahan hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa 30 minit selepas sesuatu 
         perlawanan ditamatkan. Setiap keputusan penganjur adalah muktamad,            
         perbincangan akan dihadiri oleh Jawatankuasa Tatatertib kejohanan dan
         kedua-dua pengurus pasukan.

12.  Pergaduhan
Mana-mana pasukan didapati memulakan sesuatu pergaduhan di dalam sesuatu perlawanan yang dijalankan akan dibatalkan penyertaan dari kejohanan ini. Setiap pergaduhan dan perkara berkaitan akan diadili oleh Jawatankuasa Tatatertib dan segala keputusan adalah muktamad.

13.  Penipuan
Segala bentuk penipuan oleh pasukan yang menyertai kejohanan akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib kejohanan. Hukuman akan dijatuhkan dengan mengambil kira keterangan dari pasukan yang terlibat. Pasukan yang didapati melakukan sebarang bentuk penipuan di dalam kejohanan ini akan dibatalkan penyertaannya. Keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad.

14.  Tatatertib.
Pemain akan dikenakan hukuman penggantungan seperti berikut:-
        i.            1 Kad Kuning - pengantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa   pertandingan.
      ii.            3 Kad hijau atau 1 kad kuning dan 1 kad hijau - digantung satu perlawanan
    iii.            2 Kad kuning - digantung satu perlawanan
    iv.            1  Kad merah   -  digantung sepanjang kejohanan tersebut.

Penubuhan Majlis Tatatertib akan terdiri dan diadili daripada 4 orang :
                                  i.          Pengerusi Program
                                ii.          Pengadil Terlibat
                              iii.          Wakil Pasukan Lain
                              iv.          Biro Teknikal

15.  Sebarang keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Thursday 4 October 2012

4 Side Open UNITEN


Terbuka kepada semua pelajar!
Daftar di sini --> Borang

Bagi proses pembayaran untuk setiap pasukan,pihak kelab Hoki akan menghubungi ketua pasukan.Bayaran RM10 sahaja dikenakan kepada pada setiap pasukan yang ingin menyertai 4 Side Open UNITEN.

Gambar sekitar 4Side Open UNITEN 2011/2012



  Full album for 4Side Open Uniten 2011/2012 --> CLICK HERE

Sport Talent

" SPORT TALENT "

Masa : 5- 7pm
Tempat : Desasiswa Bestari
Tarikh: 9 - 11 October 2012

Terbuka kepada semua pelajar!!