PERATURAN PERTANDINGAN
TEMPAT
PADANG A MUADZAM SHAH
TARIKH
20 OKTOBER 2012
---------------------------------------------------------------------------------------
KEJOHANAN HOKI TERBUKA 4 SEBELAH
PERATURAN PERTANDINGAN
1.
Undang-Undang
Permainan
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
Persekutuan Hoki Malaysia (MHC).
2.
Peraturan
pertandingan
Mengikut undang-undang dan peraturan pertandingan
jawantankuasa pengelola yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.
3.
Jenis
pertandingan
Pertandingan secara liga untuk lelaki dan wanita.
4.
Pendaftaran
pemain / pembentukan pasukan
4.1 Tiap-tiap
pasukan tidak kira pasukan lelaki atau perempuan dibenarkan mendaftar tidak
lebih daripada 6 orang pemain sahaja.
4.2 Hanya
pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran pasukan sahaja dibenarkan
bermain dalam kejohanan ini.
4.3 Borang
pendaftaran perlawanan hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa pengelola
sebelum pertandingan dimulakan.
4.3.1 Senarai nama pemain dalam borang
pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada sekretariat bertugas 15
minit sebelum pertandingan dimulakan.
4.3.2
Setiap pasukan diwajibkan untuk menyertakan
salinan ID pelajar bersama-sama dengan borang pendaftaran pasukan.
4.3.3 Sebelum perlawanan bermula, setiap
pasukan diwajibkan untuk menyertakan ID pelajar bersama-sama dengan borang
pendaftaran perlawanan bagi tujuan pengesahan pemain.
4.3.4 Sekiranya terdapat pasukan yang menarik
diri selepas pendaftaran atau menarik diri semasa pertandingan, yuran tidak
akan dikembalikan.
5.
Bilangan
pemain yang mencukupi
Sekiranya pemain dari pasukan lawan atau tuan rumah
kurang daripada 3 orang pemain berada di
dalam padang pada waktu yang dijadualkan, maka pengadil atau penganjur berhak
memberikan kemenangan percuma tiga (3) mata dengan jaringan 3-0.
6.
Sistem
pertandingan
6.1 Masa
bermain
6.1.1
Pada peringkat kumpulan, masa bermain adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit.
6.1.2
Pada peringkat suku akhir dan keatas, masa bermain adalah 7 minit x 1 minit
x 7 minit bagi setiap perlawanan,
6.2
Penggantian pemain
Setiap
pasukan boleh menukar / mengganti pemain hanya sekali sahaja dalam sesuatu perlawanan
termasuk masa tambahan.
7.
Cara
memutuskan keputusan
7.1 Secara
Liga
7.1.1
Cara memberi mata
Menang - 3
Mata
Seri -
1 Mata
Kalah -
0 Mata
7.1.2
Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal
bermain pada sesuatu
perlawanan,
pasukan lawan hendaklah diberi tiga (3) mata dengan jaringan 3-0. Jika terdapat
mana-mana pasukan digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa-apa
sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau dikena tidaklah diambil
kira.
7.1.3
Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi
mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :
7.1.3.1
Pasukan
yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
7.1.3.2 Jika masih seri, pasukan yang telah
mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan dikira menang.
7.1.3.3
Jika masih seri juga, penentuan penalty
strok akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
7.2 Secara
kalah mati
Bagi
peringkat suku, separuh akhir dan akhir, perlawanan dijalankan secara ‘Kalah
Mati’. Jika diakhir perlawanan keputusan adalah seri, maka pemenang akan
ditentukan berdasarkan cara berikut :
7.2.1
Penentuan penalty strok akan dijalankan
untuk menentukan pemenang.
8.
Kelewatan
Hanya 5 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang
lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan
tiga (3) mata dan jaringan gol adalah 3-0.
9.
Penarikan
Diri
Jika mana-mana pasukan
menarik diri dari Kejohanan
ini atau memberi kemenangan percuma setelah
bermain satu atau
lebih perlawanan atau
tidak berrmain di
dalam 2 perlawanan terawal, maka
pasukan berkenaan dianggap tidak wujud di dalam Kejohanan ini dan semua
perlawanan yang melibatkannya TIDAK
diambil kira ( Null and Void)
10. Pakaian
10.1 Setiap pemain dikehendaki memakai nombor
jersi yang sama sepanjang kejohanan. Nama yang tersebut dahulu dianggap sebagai
tuan rumah. Tuan rumah diwajibkan menukar warna jersi atau memakai ‘bips’
sekiranya terdapat persamaan warna jersi.
10.2
Pemain diwajibkan memakai stokin, kasut,
dan pelindung betis.
10.3 Penjaga Gol dikehendaki memakai baju
atau pakaian meliputi sebarang perlindungan
bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warna yang
dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun dari pasukan lawan.
10.4
Pemain wanita tidak dibenarkan memakai
seluar pendek ataupun skirt.
11. Bantahan
10.1 Bantahan boleh dibuat melalui meja secretariat
penganjur pertandingan dan setiap
bantahan
perlu membayar deposit sebanyak RM 100.00 dan deposit tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal.
10.2 Bantahan hanya boleh dilakukan dalam tempoh
masa 30 minit selepas sesuatu
perlawanan
ditamatkan. Setiap keputusan penganjur adalah muktamad,
perbincangan
akan dihadiri oleh Jawatankuasa Tatatertib kejohanan dan
kedua-dua pengurus pasukan.
12. Pergaduhan
Mana-mana pasukan didapati memulakan sesuatu
pergaduhan di dalam sesuatu perlawanan yang dijalankan akan dibatalkan
penyertaan dari kejohanan ini. Setiap pergaduhan dan perkara berkaitan akan
diadili oleh Jawatankuasa Tatatertib dan segala keputusan adalah muktamad.
13. Penipuan
Segala bentuk penipuan oleh pasukan yang menyertai
kejohanan akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib kejohanan. Hukuman
akan dijatuhkan dengan mengambil kira keterangan dari pasukan yang terlibat.
Pasukan yang didapati melakukan sebarang bentuk penipuan di dalam kejohanan ini
akan dibatalkan penyertaannya. Keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib adalah
muktamad.
14. Tatatertib.
Pemain akan dikenakan hukuman penggantungan seperti
berikut:-
i.
1 Kad Kuning - pengantungan
sekurang-kurangnya 5 minit semasa pertandingan.
ii.
3 Kad hijau atau 1 kad kuning dan 1 kad
hijau - digantung satu perlawanan
iii.
2 Kad kuning - digantung satu perlawanan
iv.
1
Kad merah - digantung sepanjang kejohanan tersebut.
Penubuhan Majlis Tatatertib akan terdiri dan diadili
daripada 4 orang :
i.
Pengerusi Program
ii.
Pengadil Terlibat
iii.
Wakil Pasukan Lain
iv.
Biro Teknikal
15. Sebarang keputusan adalah muktamad
dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment